~ C A L M I N G ~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, May 12, 2012

Siapa kat sini dalam kategori GYM IDIOT ??

1. Jika rutin mingguan anda tidak ada latihan kaki 2. Jika teknik anda sangat teruk dan merbahaya 3. Jika anda tidak meletakkan kembali beban yang digunakan ke tempat asal 4. Jika anda fikir anda boleh mendapatkan 6 ketul di perut dengan hanya buat sit-up 5. Jika anda jalan mengepak dengan kepak yang tidak dapat dilihat 6. Jika anda fikir whey dan creatine itu steroid 7. Jika anda tiada perubahan selepas berbulan atau bertahun berlatih 8. Jika anda bercakap lebih daripada berlatih 9. Jika anda lebihkan masa cuci mata melihat wanita di bilik senamrobik berbanding berlatih 10. Jika anda melantunkan barbell di atas dada ketika melakukan bench press 11. Jika anda berdiri di depan seseorang ketika dia sedang melakukan latihan dan menutup cermin daripada pandangan 12. Jika anda melihat cermin setiap kali selepas habis set 13. Jika anda berlatih tetapi tidak jaga makan 14. Jika anda menyanyi dan membuat bising mendengar lagu di dalam gim 15. Jika anda squat 200kg dan hanya turun 5 inci 16. Jika anda pakai baju T dan seluar jean ketika bersenam 17. Jika anda tidak tahu mengelap peluh anda yang tertinggal di peralatan 18. Jika anda memakai tali pinggang gym ketika mengayuh basikal 19. Jika anda menjerit mengangkat bebanan 5kg 20. Jika anda tiba-tiba menjadi personal trainer tak bertauliah tanpa dipinta, dan mengganggu mereka yang sedang berlatih dengan memberi nasihat yang tidak perlu

FEEDJIT Live Traffic Feed